44- Apakah Tauhid al-Uluhiyyah (pengesaan dalam penghambaan)?
Jawapan:
Ianya ialah mengesakan Allah ‘Azza wa Jalla dengan segala jenis ibadah yang zahir mahupun batin melalui kata-kata dan amalan di samping tidak menghalakan ibadah kepada yang selain daripada Allah tanpa mengira siapa mereka.
Firman Allah Ta'ala ( al-Isra 17:23):
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.
Firman Allah Ta'ala ( al-Nisa’ 4:36):
Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun.
Firman Allah Ta'ala ( Taha 20:14):
Maksudnya: Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan yang hak selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.
Tauhid ini terkandung dalam kesaksian bahawa ‘Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah.’
(200 Soal Jawab Aqidah, Shaikh Hafiz al-Hakami, terjemahan: Ustaz Fadhlan b Othman)