INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Empty
PostSubject: Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king   Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Icon_minitimeWed Jun 17, 2009 2:36 am

وعن صهيب : أنَّ رسولَ الله ، قَالَ : (( كَانَ مَلِكٌ فيمَنْ كَانَ قَبلَكمْ وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ فَلَمَّا كَبِرَ قَالَ للمَلِكِ : إنِّي قَدْ كَبِرْتُ فَابْعَثْ إلَيَّ غُلاماً أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ؛ فَبَعثَ إِلَيْهِ غُلاماً يُعَلِّمُهُ ، وَكانَ في طرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ ، فَقَعدَ إِلَيْه وسَمِعَ كَلامَهُ فَأعْجَبَهُ ، وَكانَ إِذَا أتَى السَّاحِرَ ، مَرَّ بالرَّاهبِ وَقَعَدَ إِلَيْه ، فَإذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذلِكَ إِلَى الرَّاهِب ، فَقَالَ : إِذَا خَشيتَ السَّاحِرَ ، فَقُلْ : حَبَسَنِي أَهْلِي ، وَإذَا خَشِيتَ أهلَكَ ، فَقُلْ : حَبَسَنِي السَّاحِرُ( ) .
فَبَيْنَما هُوَ عَلَى ذلِكَ إِذْ أَتَى عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ ، فَقَالَ : اليَوْمَ أعْلَمُ السَّاحرُ أفْضَلُ أم الرَّاهبُ أفْضَلُ ؟ فَأخَذَ حَجَراً، فَقَالَ : اللَّهُمَّ إنْ كَانَ أمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ أمْرِ السَّاحِرِ فَاقْتُلْ هذِهِ الدّابَّةَ حَتَّى يَمضِي النَّاسُ ، فَرَمَاهَا فَقَتَلَها ومَضَى النَّاسُ ، فَأتَى الرَّاهبَ فَأَخبَرَهُ . فَقَالَ لَهُ الرَّاهبُ : أَيْ بُنَيَّ أَنْتَ اليَومَ أفْضَل منِّي قَدْ بَلَغَ مِنْ أَمْرِكَ مَا أَرَى ، وَإنَّكَ سَتُبْتَلَى ، فَإن ابْتُلِيتَ فَلاَ تَدُلَّ عَلَيَّ ؛ وَكانَ الغُلامُ يُبْرىءُ الأكْمَهَ وَالأَبْرصَ ، ويداوي النَّاسَ مِنْ سَائِرِ الأَدْوَاء . فَسَمِعَ جَليسٌ لِلملِكِ كَانَ قَدْ عَمِيَ ، فأتاه بَهَدَايا كَثيرَةٍ ، فَقَالَ : مَا ها هُنَا لَكَ أَجْمعُ إنْ أنتَ شَفَيتَنِي ، فَقَالَ : إنّي لا أشْفِي أحَداً إِنَّمَا يَشفِي اللهُ تَعَالَى ، فَإنْ آمَنْتَ بالله تَعَالَى دَعَوتُ اللهَ فَشفَاكَ ، فَآمَنَ بالله تَعَالَى فَشفَاهُ اللهُ تَعَالَى ، فَأَتَى المَلِكَ فَجَلسَ إِلَيْهِ كَما كَانَ يَجلِسُ ، فَقَالَ لَهُ المَلِكُ : مَنْ رَدّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ ؟ قَالَ : رَبِّي ، قَالَ : وَلَكَ رَبٌّ غَيري ؟ قَالَ : رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ ، فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الغُلامِ ، فَجيء بالغُلاَمِ ، فَقَالَ لَهُ المَلِكُ : أيْ بُنَيَّ ، قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرىء الأَكْمَهَ وَالأَبْرَصَ( ) وتَفْعَلُ وتَفْعَلُ ! فَقَالَ : إنِّي لا أَشْفي أحَداً ، إِنَّمَا يَشفِي الله تَعَالَى . فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الرَّاهبِ ؛ فَجِيء بالرَّاهبِ فَقيلَ لَهُ : ارجِعْ عَنْ دِينكَ ، فَأَبَى ، فَدَعَا بِالمِنْشَارِ( ) فَوُضِعَ المِنْشَارُ في مَفْرق رَأسِهِ ، فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ، ثُمَّ جِيءَ بِجَليسِ المَلِكِ فقيل لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ ، فَأَبَى ، فَوضِعَ المِنْشَارُ في مَفْرِق رَأسِهِ ، فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ، ثُمَّ جِيءَ بالغُلاَمِ فقيلَ لَهُ : ارْجِعْ عَنْ دِينكَ ، فَأَبَى ، فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أصْحَابهِ ، فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا فَاصْعَدُوا بِهِ الجَبَل ، فَإِذَا بَلَغْتُمْ ذِرْوَتَهُ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإلاَّ فَاطْرَحُوهُ . فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الجَبَلَ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ أكْفنيهمْ بِمَا شِئْتَ ، فَرَجَفَ بهِمُ الجَبلُ فَسَقَطُوا( ) ، وَجاءَ يَمشي إِلَى المَلِكِ ، فَقَالَ لَهُ المَلِكُ : مَا فَعَلَ أصْحَابُكَ ؟ فَقَالَ : كَفَانِيهمُ الله تَعَالَى ، فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ : اذْهَبُوا بِهِ فاحْمِلُوهُ في قُرْقُورٍ وتَوَسَّطُوا بِهِ البَحْرَ ، فَإنْ رَجعَ عَنْ دِينِهِ وإِلاَّ فَاقْذِفُوهُ . فَذَهَبُوا بِهِ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ أكْفِنيهمْ بمَا شِئْتَ ، فانْكَفَأَتْ بِهمُ السَّفينةُ فَغَرِقُوا ، وَجَاء يَمْشي إِلَى المَلِكِ . فَقَالَ لَهُ المَلِكُ : مَا فعلَ أصْحَابُكَ ؟ فَقَالَ : كَفَانيهمُ الله تَعَالَى . فَقَالَ لِلمَلِكِ : إنَّكَ لَسْتَ بقَاتلي حَتَّى تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ . قَالَ : مَا هُوَ ؟ قَالَ : تَجْمَعُ النَّاسَ في صَعيدٍ وَاحدٍ وتَصْلُبُني عَلَى جِذْعٍ ، ثُمَّ خُذْ سَهْماً مِنْ كِنَانَتي ، ثُمَّ ضَعِ السَّهْمَ في كَبدِ القَوْسِ ثُمَّ قُلْ : بسْم الله ربِّ الغُلاَمِ( ) ، ثُمَّ ارْمِني، فَإنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذلِكَ قَتَلتَني، فَجَمَعَ النَّاسَ في صَعيد واحدٍ ، وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سَهْماً مِنْ كِنَانَتِهِ ، ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ في كَبِدِ القَوْسِ ، ثُمَّ قَالَ : بِسمِ اللهِ ربِّ الغُلامِ ، ثُمَّ رَمَاهُ فَوقَعَ في صُدْغِهِ( ) ، فَوَضَعَ يَدَهُ في صُدْغِهِ فَمَاتَ ، فَقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الغُلامِ ، فَأُتِيَ المَلِكُ فقيلَ لَهُ : أَرَأَيْتَ مَا كُنْتَ تَحْذَرُ قَدْ والله نَزَلَ بكَ حَذَرُكَ . قَدْ آمَنَ النَّاسُ . فَأَمَرَ بِالأُخْدُودِ بأفْواهِ السِّكَكِ فَخُدَّتْ( ) وأُضْرِمَ فيهَا النِّيرانُ وَقَالَ : مَنْ لَمْ يَرْجعْ عَنْ دِينهِ فَأقْحموهُ فيهَا ، أَوْ قيلَ لَهُ: اقتَحِمْ فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءت امْرَأةٌ وَمَعَهَا صَبيٌّ لَهَا ، فَتَقَاعَسَتْ أنْ تَقَعَ فيهَا، فَقَالَ لَهَا الغُلامُ : يَا أُمهْ اصْبِري فَإِنَّكِ عَلَى الحَقِّ ! )) رواه مسلم
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Empty
PostSubject: Re: Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king   Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Icon_minitimeWed Jun 17, 2009 2:54 am

Daripada Suhaib bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.” Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib. Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang lewat.” Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa;

“Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.

Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata, “Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.” Ghulam tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit.

Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; “Semua yang aku kumpulkan ini adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku.”

Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada- Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu.” Lalu beliau beriman, maka Allah menyembuhkan penyakitnya.

Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; “wahai Fulan,
siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?” Beliau menjawab; “Tuhanku.” Raja bertanya lagi; “Apakah kamu mempunyai tuhan selainku.” Beliau menjawab; “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa menghadap. Raja berkata kepadanya; “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.”

Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.” Maka dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Rahib enggan berbuat demikian lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua.

Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja.

Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia
meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.

Ghulam pun berdoa; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan kamu?”

Ghulam pun menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain.

Raja berkata; “Pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia berdoa; ; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk menemui raja.

Raja berkata kepadanya; “Apakah yang dilakukan oleh kawankawan kamu?” dia menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata; “Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah “Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” dan panahlah aku.

Sekiranya kamu melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.” Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok, kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; “Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya.

Anak panah tersebut kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; “Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam.”

Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; “Sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.” Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu bayinya berkata; “Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.”
Sahih Imam Muslim.
Back to top Go down
http://intisonline.com
nusayba

nusayba


Posts : 7
Join date : 16/06/2009
Age : 33
Location : Kuala Lumpur

Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Empty
PostSubject: Re: Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king   Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 2:04 am

Ya Allah!
Panjang jugak hadis ni.
Ana ingatkan ada tambahan Israiliyat dalam kisah ni.
Rupanya, memang keselurahan cerita ada dalam hadis ni.

Semoga Allah teguhkan iman ummat akhir zaman ni.
Back to top Go down
http://nusayba-musafircinta.blogspot.com
Abu MardhiYYah

Abu MardhiYYah


Posts : 34
Join date : 13/06/2009
Age : 38
Location : UIA

Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Empty
PostSubject: Re: Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king   Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 10:19 am

very nice story, kalu ada cerita lain masri, kasi post lg...JKKK...
Back to top Go down
Sponsored content





Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Empty
PostSubject: Re: Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king   Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king Icon_minitime

Back to top Go down
 
Kisah Ashabul Ukhdud/Ghulam ad-Da'wah/The Boy and the king
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah Khabbab: Guru Besar Subjek Pengorbanan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Al-Hadis-
Jump to: