INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Perkara Yang Membatalkan Puasa

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Perkara Yang Membatalkan Puasa Empty
PostSubject: Perkara Yang Membatalkan Puasa   Perkara Yang Membatalkan Puasa Icon_minitimeWed Jul 22, 2009 1:32 pm

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Sempena Ramadhan yang akan muncul sebulan lagi, Insya-Allah thread ini akan diupdate. Ia berkaitan hukum hakam puasa.

Sahabat-sahabat yang lain bolehlah berkongsi tentang hal-hal yang membatalkan puasa di sini.
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Perkara Yang Membatalkan Puasa Empty
PostSubject: Re: Perkara Yang Membatalkan Puasa   Perkara Yang Membatalkan Puasa Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 10:23 am

Dinukil dari ringkasan Sifat Puasa Rasulullah oleh Ustaz Fathul Bari:

1. Perkara yang membatalkan puasa

Perkara-perkara ini bukan sahaja membatalkan puasa, bahkan akan melipat gandakan dosa si pelakunya, kecuali wanita-wanita yang datang haidh atau nifas atau orang sakit yang terpaksa menerima suntikan yang berupa makanan. Kesimpulannya, perbuatan yang disengajakan akan menyebabkan dosa pada si pelaku.Wallahu'alam.

a. Makan dan minum dengan sengaja
- Allah berfirman :

﴿ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر ﴾

Maksudnya : " Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar " [Al-Baqarah : 187]

b. Muntah dengan sengaja

- Nabi  bersabda :

[ من ذرعه القيء ؛ فليس عليه قضاء ، ومن استقاء فليقض ]

Maksudnya : " Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka dia tidak perlu mengqadha, dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka dia perlu mengqadha " [HR Ibnu Majah : 1676]

c. Haidh dan Nifas

- Nabi  bersabda :

[ أليس إذا حاضت لم تصل و لم تصم ؟ قلن : بلى، قال : فذلك نقصان دينها ]

Maksudnya : " Adakah wanita yang datang haidh tidak perlu solat dan puasa? Kami berkata : Ya! Maka Rasulullah menjawab : Itulah kekurangan agama mereka. [HR Muslim : 79 & 80]

d. Jima'

- Allah berfirman :

﴿ فَالْآَنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر ﴾

Maksudnya : " Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kamu.Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar " [Al-Baqarah : 187]

Dalam ayat di atas, Ibnul Qayyim berkata di dalam Zaadul Ma'ad : Sesungguhnya, Al-Quran telah menunjukkan jima' membatalkan puasa seperti makan dan minum serta tidak ada khilaf dalam masalah ini.

e. Suntikan yang berupa makanan

Iaitu bertujuan memberi makan kepada pesakit. Perkara ini membatalkan puasa kerana diqiaskan kepada makan serta minum. Dan ini juga merupakan keputusan Majma' Fiqhi.
Back to top Go down
http://intisonline.com
 
Perkara Yang Membatalkan Puasa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Wajibnya Mandi
» PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA
» Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah
» Bagaimana membentuk usrah/halaqah yang berkesan?
» Perkataan dan perbuatan yang boleh merosakkan akidah.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: